About

Latar Belakang

Pusat Pendidikan FATIM adalah sebuah institusi pendidikan swasta bertaraf sekolah perdagangan di bandar Alor Setar dan ditubuhkan dari November 1978. Dahulu dikenali sebagai Institut FATIM. Pusat ini menyediakan peluang pekerjaan dalam ilmu perdagangan, kemahiran teknologi maklumat (ICT) kepada pelajar-pelajar yang sedang mencari pekerjaan pada masa sekarang dan selepas dari itu.

Misi

  • Melahirkan Setiausaha, Pembantu Khas, Pegawai Eksekutif, Steno, Jurutrengkas, Juruakaun dan Pegawai Pentadbiran yang berketrampilan serta kreatif dan inovatif. Peluang berinteraksi secara profesional menerima informasi terkini dalam usaha memantapkan prestasi, imej pentadbiran pengurusan kepimpinan diri.
  • Memberi perhatian khusus kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang miskin dalam menikmati taraf hidup yang lebih baik.
  • Misi untuk mencari ilmu pengetahuan menerusi pengajaran pembelajaran dan penyelidikan serta khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan insan untuk membuka minda menuju era teknologi maklumat serta cabaran Multimedia Super Corridor (MSC).

Visi

Berganding bahu dengan kerajaan dan NGO-NGO lain dalam membantu golongan anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang miskin di seluruh negara melalui program-program pembangunan ekonomi yang lebih menjurus ke arah membimbing dan membentuk golongan berkenaan.