Tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan 1436H

url

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, Pusat Pendidikan Fatim akan mengadakan Tadarus Al-Quran seperti yang tertera di bawah :

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tarikh : 18 Jun – 17 Julai 2015 (sepanjang bulan Ramadhan)

Tempat : Pusat Pendidikan Fatim, Tingkat 2, Ukir Mall, Alor Setar, Kedah

Semua pembaca, pelajar dan bekas pelajar FATIM dijemput untuk sama-sama bertadarus di bulan Ramadhan ini.

KELAS CELIK AL-QURAN DAN HAFAZAN

Kelas celik Al-Quran dan hafazan merupakan permulaan asas kepada anak-anak mengenal huruf tajwid dan hafazan dengan mudah sambil diajar dan dibantu oleh Ustaz dan Ustazah yang berpengalaman.

AL-QURAN DAN HAFAZAN :-

  • Terbuka kepada pelajar sekolah dari umur 7 – 16 tahun.
  • Untuk kanak – kanak dan dewasa
  • Menyebut tempat keluar huruf (Makhraj Huruf) secara tepat dan betul
  • Mengenal sifat huruf dengan baik
  • Terbuka kepada semua peringkat umur.

QIRAAT:-

  • Dapat memperkenalkan bacaan-bacaan mengikut imam-imam/Qari Qariah
  • Bacaan yang betul (Sahih) yang bersambung sanad hingga Rasulullah
  • Memahirkan diri dalam membaca Al-Quraan mengikut imam-imam.

TULISAN JAWI :-

  • Mempelajari tulisan jawi dengan kaedah yang mudah.

KELAS BERGANTUNG PADA KELAPANGAN ANDA !!!

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Kelas Al-Quran dan Hafazan, boleh hadirkan diri di Pusat Pendidikan Fatim, No SL 17 & 22, Tingkat 2, Ukir Mall, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah atau boleh hubungi Puan Fatimah Mariam di talian 019 4430675 / 0111 4701537.

Kursus Trengkas Alor Setar, Kedah

Kursus trengkas atau shorthand, menaip dan komputer adalah asas untuk kecemerlangan anda dalam bidang pembelajaran, pekerjaan dan sebagainya.

Trengkas adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua lapisan terutama kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Universiti.

ANTARA KELEBIHAN MEMPELAJARI TRENGKAS :

  • Dapat mencatat nota kuliah dengan pantas dan cekap.
  • Peluang pekerjaan di jabatan kerajaan mahupun swasta
  • Perbezaan gred gaji yuang tinggi mengikut kepantasan trengkas
  • Dapat menyalin terjemahan, tugasan dalam masa yang singkat.
  • Banyak membantu dalam bidang pekerjaan dan pelajaran.

GURISAN TRENGKAS

PERINGKAT KEPANTASAN TRENGKAS

  • Peringkat permulaan : 50-60 psm
  • Peringkat menengah : 70-80 psm
  • Peringkat tertinggi : 90-120 psm

Trengkas juga membawa kepada bidang pekerjaan di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta seperti pembantu tadbir, steno atau kesetiausahaan dan lain-lain. begitu jugalah bagi individu yang berminat dalam bidang kewartawanan yang memerlukan kecekapan menyalin maklumat dengan cepat dan tepat.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Trengkas, boleh hadirkan diri di Pusat Pendidikan Fatim, No SL 17 & 22, Tingkat 2, Ukir Mall, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah atau boleh hubungi Puan Fatimah Mariam di talian 019 4430675 / 0111 4701537.